“Entah-entah masa naik taraf tu harga ETH naik.”
Naik taraf Ethereum (ETH) Shanghai yang semakin menghampiri telah menyebabkan pelbagai pihak seperti Blockchain Capital, iaitu antara whales mata wang kripto terbesar bertindak pantas menjual altcoin.
Dilaporkan bahawa Blockchain Capital menjual sebanyak 65,352 Rocket Pool (RPL) bernilai $2.9 juta dan 1.5 juta Lido (LDO) berharga $2.52 juta, di mana ia menjana keuntungan $2.14 juta selepas melepaskan kedua-dua aset digital itu.
Secara umumnya, Blockchain Capital adalah antara whales yang bersedia untuk naik taraf Shanghai susulan ETH dan altcoin lain akan membuat pergerakan harga turun naik yang volatile semasa acara tersebut berlaku.
Pun begitu, whales yang bertindak menjual pegangannya sama sekali tidak mengejutkan kerana kebanyakan pelabur telah menjual aset digital mereka secara besar-besaran semasa pembangun ETH pada 3 Mac mengumumkan tarikh akhir ETH Shanghai.
Kebanyakan pelabur yang meluahkan kebimbangannya mengenai naik taraf Shanghai telah menjadi sebab harga altcoin mengalami penurunan ketara susulan ramai jangkakan kejatuhan pasaran kripto akan berlaku.
Menurut peminat kripto digelar Crypto Crib, naik taraf Shanghai mungkin akan mencetuskan pasaran bearish dan penjualan besar-besaran ETH.
Namun terdapat penganalisis yang berpandangan sebaliknya apabila beliau mengatakan ETH mungkin dapat mengatasi BTC semasa naik taraf Shanghai sambil menambah pelabur tidak sepatutnya menganggap naik taraf ini sebagai berita buruk.