“Hmm korang rasa harga WLD akan jatuh pula untuk naik ataupun sebaliknya?”
Mata wang kripto Worldcoin (WLD) yang berjaya melihat pendakian besar-besaran dalam tekanan belian pada 16 Disember 2023 telah mendorong harganya raih 86% bagi mencapai $4.80 daripada $2.45 pada minggu lepas.
Meskipun begitu, WLD mungkin merudum semula untuk melakukan pergerakan pada fasa consolidate sebelum meneruskan momentum kenaikan baharu yang dapat menyebabkan harganya cecah ke paras tertinggi baharu sepanjang masa.
Rentetan itu, para pelabur boleh menjangkakan harga WLD untuk melantun semula pada paras $3.50 atau $3.24 yang merupakan retracement 50% dan 62% julat 16 Disember 2023, tetapi perlu diingatkan harganya juga dapat berundur kembali pada $3.15.
Retest pada paras tersebut mungkin akan mendorong harga WLD untuk menggunung pantas dalam mencapai semula $4.59 kemudian meneruskan kenaikan lagi sehingga $5.29 diikuti paras tertinggi baharu pada $6.63.
Memang tidak dinafikan tinjauan untuk harga WLD adalah menaik setelah menyaksikan lonjakannya baru-baru ini, tetapi jika aset digital itu turun bawah daripada zon sokongan $2.41 maka harganya mampu tergelincir ke paras lebih rendah.
Dalam situasi sedemikian, harga WLD boleh jatuh lagi ke zon sokongan seterusnya pada $2.03 iaitu penyusutan 16% daripada $2.41.
Setakat penulisan ini, harga WLD melonjak sebanyak 4.40% pada paras $4.09 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $408 juta kemudian merekodkan kenaikan 53.98% sepanjang minggu lepas.