Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan negara Jepun tertarik untuk melabur sebanyak RM30 billion hasil sokongan syarikat-syarikat dari negara tersebut pada tahun ini.
Katanya lagi, sektor swasta bagi kedua-dua negara ini meletakkan keyakinan yang tinggi pada pelaburan kali ini walaupun ekonomi global dilihat agak perlahan.
Tengku Zafrul juga sangat yakin bahawa pelaburan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pihak kementerian serta berharap agar pertumbuhan dagangan bagi Malaysia-Jepun kekal optimis.
Jepun merupakan negara rakan dagangan keempat terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2015 hingga 2022.
Ujarnya lagi, negara Jepun telah meletakkan pelaburan sebanyak RM91.89 billion untuk 2,778 projek mereka di Malaysia pada Jun lalu dan telah mewujudkan 337,758 peluang pekerjaan.
Berdasarkan MoU kali ini, hasil pelaburan ini akan meningkatkan lagi komunikasi perniagaan dan eksport bagi kedua-dua negara.