Mata wang Euro telah terperosok ke paras terendah sejak November 2022 pada dagangan di penghujung minggu lalu.
Situasi penyusutan Euro didorong oleh jangkaan pelonggaran dasar monetari untuk terus dilanjutkan oleh European Central Bank (ECB) dan tekanan terhadap ekonomi Eropah menjelang pentadbiran Donald Trump selain faktor pengukuhan US dolar.
US dolar telah memaparkan prestasi baik sepanjang minggu lepas dengan faktor-faktor semasa terus memihak kepadanya termasuk data ekonomi yang diterbitkan di penghujung minggu.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) catat angka baik untuk bulan November sementara data yang sama bagi Eropah hadir dengan bacaan suram.
Ini memacu arah pergerakan harga yang jelas pada carta pasangan mata wang EUR/USD.
Jika diperhatikan pada dagangan Jumaat lalu, harga yang cuba untuk menyentuh paras 1.05000 kemudiannya telah menjunam hingga melepasi paras 1.04000 sebelum mencecah sekitar 1.03400 merekodkan paras paling rendah untuk 2 tahun.
Namun, harga dilihat mendatar di paras 1.04000 sehingga ke penghujung dagangan sesi terakhir minggu tersebut.
Menyambung dagangan di minggu yang baru ini, terdapat perbezaan jarak pembukaan harga (gap) pada sesi Asia pagi ini (Isnin) sekitar 50 pips menandakan sedikit pengunduran oleh US dolar.
Harga perlahan berlegar di bawah paras 1.05000 sebagai rintangan penting untuk diuji harga selain cuba untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang boleh memberi petanda bagi perubahan trend.
Sekiranya berjaya harga teruskan kenaikan selepas melepasi rintangan-rintangan itu, sasaran adalah untuk mencapai semula paras 1.06000 yang turut diuji pada minggu lepas.
Namun jika gagal, harga boleh menjunam semula ke paras tumpuan 1.04000 sebelum melanjutkan penurunan ke paras terendah yang telah dicecah.
Seterusnya, untuk rekod baharu, harga akan mensasarkan penurunan untuk menguji zon tumpuan pada 1.03000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG