“Waduh, tak sangka pula Vanguard yang firma gergasi ni pun tahu juga sifat takut eh.”
Vanguard, firma pengurusan pelaburan terkemuka mengambil sikap berhati-hati terhadap pasaran mata wang kripto yang sedang teruja mengenai spot Bitcoin (BTC) ETF apabila para pelanggannya didapati dirinya tidak dapat menyertai hari pertama dagangan bagi dana itu.
Hal ini kerana Vanguard yang berpendapat pasaran kripto bersifat spekulatif dan tidak terkawal sungguh percaya ia bercanggah dengan falsafah jangka panjangnya, jadi di sini dapat dilihat firmanya tidak tawar spot BTC ETF untuk mengehadkan jenis pelaburan tertentu pada platformnya.
Selain enggan memberikan hak penjagaan BTC, Vanguard turut berkata instrumen berisiko tinggi lain seperti ETF berleveraj tidak dibenarkan di platform.
Vanguard berpandangan ketidaktentuan melampau kripto bertentangan dengan misinya untuk membantu pelabur memperoleh pulangan sebenar yang positif dalam jangka panjang melalui ETF atau produk berkaitan aset digital yang lain.
Meskipun begitu, pendekatan berhati-hati Vanguard mungkin terbukti betul memandangkan terdapat ketegangan terhadap beberapa spot tersenarai BTC ETF semasa dagangan dibuka.
Misalnya, pelanggan yang cuba melabur dalam Bitcoin ETF BlackRock (IBIT) melalui platformnya telah menerima pemberitahuan yang menyatakan bahawa perdagangan tidak dapat diselesaikan susulan sekatan peraturan pada had perdagangan dan penyelesaian.
Namun, masalah itu tidak berlaku untuk platform lain seperti Charles Schwab di mana pelanggan boleh beli spot BTC ETF menggunakan akaun pembrokerannya dan pelaburan itu bergantung pada “Designated Investments Agreement” yang iktiraf pengguna sebagai pelabur berpengalaman.
Terdahulu, pakar meramalkan pada hari pertama spot BTC ETF diluluskan, IBIT Blackrock akan melihat aliran masuk ketara ke dalam BTC ETF tetapi malangnya bukanlah mudah seperti yang disangkakan ramai orang.