AS dan Arab Saudi dalam kenyataannya berjanji untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan penerokaan angkasa bagi mengukuhkan hubungan diplomasi sekutu. Diperkukuhkan lagi dengan laporan daripada pihak NASA dan Jabatan Negara pada hari Selasa.
Rancangan itu juga menyatakan kepentingan Perjanjian Artemis yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat pada 2020 dan Arab Saudi pula pada 2022.
Menurut Jabatan Negara, perjanjian itu kekal komited kepada penerokaan lepas yang telus, selamat dan bertanggungjawab.
Pegawai NASA, Bill Nelson menandatangani perjanjian bagi mewakili Amerika Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Angkasa Saudi, Mohammed Bin Saud Al-Tamimi menandatangani bagi pihak Arab Saudi.
Pada Mei, Nelson melawat Arab Saudi dalam pertemuan dengan pegawai kerajaan Saudi dan suruhanjaya Angkasa Lepas untuk membincangkan kerjasama angkasa lepas sebagai sebahagian daripada AS dan Saudi.
Kerajaan Arab Saudi menubuhkan Suruhanjaya Angkasa Saudi pada 2018 dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan kerajaan dalam bidang angkasa dan meningkatkan penglibatan sektor swasta.
Suruhanjaya itu komited berusaha secara aktif dalam pembangunan dan pengembangan sektor angkasa lepas sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 kerajaan yang lebih luas dan bertujuan untuk memodenkan ekonomi Saudi serta mempelbagaikan aliran pendapatannya daripada minyak.