Pelabur memerhatikan perubahan arah yang berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD untuk beberapa sesi pasaran yang berbeza sejak semalam.
Lonjakan ketara harga berlaku di sesi New York semalam susulan reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan angka menurun menepati ramalan.
US dolar yang ketara melemah selepas itu telah memberi ruang kepada mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat termasuk dolar Aussie.
Namun momentum positif dolar Aussie tidak dapat dikekalkan pada sesi Asia pagi ini (Khamis) apabila laporan pekerjaan Australia hadir dengan laporan angka yang bercampur.
Walaupun pertambahan pekerjaan meningkat mengatasi ramalan pada April pada 38,500 namun kadar pengangguran meningkat kepada 4.1% berbanding ramalan untuk kekal pada 3.9%.
Ini kembali mengurangkan keuntungan yang diraih oleh dolar Aussie yang turut berdepan jangkaan untuk pelonggaran dasar bank pusat.
Meneliti carta AUD/USD, harga telah melonjak kukuh di sesi New York semalam dari paras 0.66300 hingga mencapai zon tumpuan 0.67000.
Di sesi Asia pagi ini juga menyaksikan zon rintangan tersebut diuji harga namun penurunan dipaparkan menuju dagangan ke pembukaan sesi Eropah.
Harga mempunyai kebarangkalian untuk bergerak pada kedua-dua arah, namun pelabur menjangkakan kecenderungan untuk kenaikan harga diteruskan dengan penyusutan lanjut US dolar.
Sekiranya harga berjaya naik semula untuk berada di atas 0.67000, kenaikan harga akan dijangkaka diteruskan menuju zon tumpuan pada 0.67700 untuk ketinggian terbaru.
Namun jika harga ditekan jatuh, garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu bakal diuji dan jika ditembusi akan memberi isyarat bearish buat harga.
Penurunan yang dilanjutkan bakal mencecah semula zon sokongan harga pada 0.66000 yang menjadi tumpuan di awal minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG