Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kekal mendatar dalam julat kurang 100 pips sepanjang minggu ini.
Harga dilihat terbantut di bawah paras rintangan 1.28000 dengan paras sekitar 1.27000 dilihat sebagai zon sokongan buat harga.
Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi menjadi tumpuan diterbitkan di sesi New York semalam juga gagal untuk mendorong harga keluar dari zon sideway itu.
Harga menunjukkan penurunan di sesi Eropah semalam menuju 1.27000 sebelum berlaku lantunan semula harga ke paras 1.27800 menjelang data diterbitkan.
Selepas meneliti data inflasi, US dolar menunjukkan pengukuhan semula dan kembali menekan harga turun sebelum dagangan sesi New York berakhir di sekitar 1.27500.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga sedikit meningkat pada pembukaan sesi sebelum mendatar perlahan di sekitar 1.27700.
Pergerakan harga yang bermain semula di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat awal untuk kemungkinan pergerakan bullish akan berlaku.
Namun, untuk meyakinkan pelabur, harga perlu membuat kenaikan melepasi dahulu zon rintangan pada 1.28000 yang masih menjadi penghalang harga.
Jika berjaya, harga bakal mensasarkan untuk mencapai 1.29000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Namun jika harga menunduk semakin rendah, support pada 1.27000 berkemungkinan bakal diuji oleh harga seperti tumpuan pada minggu lepas.
Untuk penurunan lanjut jika diteruskan dilihat boleh mencecah ke sekitar 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.