Data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan semalam menunjukkan penurunan sebanyak 2.9%, lebih rendah dari jangkaan pada 3.0%.
Hal ini mengukuhkan lagi jangkaan keputusan Federal Reserve (Fed) untuk melakukan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat September nanti.
Namun, reaksi harga emas telah menimbulkan tanda tanya, kerana pelabur menjangkakan harga emas akan melakukan kenaikan sekiranya data CPI yang dikeluarkan adalah lemah.
Berdasarkan carta harian, harga emas membuat pemulihan sementara selepas kejatuhan harga yang ketara berlaku semalam.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai berbanding US dolar, harga semalam telah jatuh dari paras 2480.00 ke paras sekitar 2437.00 sebelum membuat pemulihan semula ke paras 2457.00.
Sekiranya harga ingin meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras 2465.00 akan menjadi sasaran untuk harga sampai bagi menguji zon tersebut.
Jika harga berjaya melepasi paras 2465.00, sasaran seterusnya adalah pada paras 2480.00 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.
Sementara, untuk jangkaan bagi pergerakan bearish pula, harga boleh sampai pada paras 2440.00 dan memberikan isyarat untuk penurunan yang lebih rendah.
Jika paras tersebut berjaya ditembusi, paras 2432.00 berkemungkinan akan dicecah harga untuk catatkan paras terendah terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG