Dagangan emas sekali lagi gagal untuk memecah rekod terbaru sejarah apabila paparkan terjunan harga pada dagangan sesi New York semalam ketika reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Indeks harga pengguna (CPI) AS catat penurunan ke paras 2.5% menepati ramalan pasaran, namun US dolar sebaliknya pamer pengukuhan menekan harga emas jatuh.
Dagangan yang bersambung pada hari ini (Khamis) kembali paparkan pemulihan sederhana buat emas, namun pelabur masih berjaga-jaga untuk dagangan menuju penghujung minggu.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya dilihat membuat kenaikan semalam menghampiri zon 2530.00 seperti situasi dagangan minggu-minggu sebelum ini.
Namun, masih lagi harga gagal untuk menembusi tembok kebal itu menyaksikan terjunan harga semula selepas data CPI diterbitkan menghampiri paras 2500.00.
Harga melantun sedikit sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 2512.00.
Meniti perlahan di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, harga meningkat perlahan ke paras 2522.00 di awal sesi Eropah.
Kenaikan harga jika masih berjaya diteruskan bakal mencapai semula zon rintangan 2530.00 yang masih kebal dari ditembusi.
Jika berjaya tembus, rekod sejarah tertinggi terbaru harga emas bakal tercipta lagi.
Sementara, jika berlaku penurunan harga pula, paras 2500.00 dilihat sebagai zon sokongan penting buat harga.
Tembus lebih rendah akan menjadi isyarat bearish dan pelabur bakal bersedia untuk permulaan bagi kejatuhan yang lebih parah buat dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG