“Lain macam penangan Keith Gill, sampaikan saham dan memeoin berkaitannya pun terus naik.”
Demi melindungi dana, ahli perniagaan Andrew Tate tanpa membuang masa bertindak pantas mengeluarkan $500,000 dalam mata wang kripto Bitcoin (BTC) bagi melabur dalam GameStop (GME) dan memecoin.
Tindakan tersebut dilakukan sejurus selepas trader runcit Keith Gill menyiarkan meme pada platform media sosial X beliau dipanggil TheRoaringKitty sehingga menyebabkan beberapa memecoin bertemakan kucing dan saham GME melihat pendakian ketara.
— Roaring Kitty (@TheRoaringKitty) May 13, 2024
Menerusi pemerhatian, harga GME menggunung sebanyak 44% dalam dagangan pra-pasaran kemudian naik setinggi 100% semasa pasaran dibuka sebelum dagangan dihentikan sementara memecoin GME tidak berkaitan pada blockchain Solana (SOL) turut canak lebih 550%.
Jadi di sini dapat dilihat memecoin bertemakan kucing microcap seperti KITTY meningkat ribuan peratus manakala POPCAT dan MOG masing-masing raih lebih 15% termasuk Dogecoin (DOGE) serta Shiba Inu (SHIB) yang lonjak 5% dan 7%.
Bermula pada 2019, analisis Gill terhadap peruncit video game GME yang mendapat tarikan semasa wabak COVID telah menjadi pendorong untuk GME naik tinggi pada Januari 2021 apabila beberapa trader kecil bergabung untuk membeli options dan memanfaatkan saham firma.
Suka dimaklumkan saham tersebut meningkat daripada $4 kepada lebih $120 dalam tempoh sebulan sahaja kemudian melonjak ribuan peratus daripada paras terendah sepanjang masanya iaitu 64 sen pada April 2020.
Gil yang melakukan pelaburan awal $53,000 telah menjana keuntungan sehingga $50 juta dan ini telah menyebabkannya muncul sebagai kisah kekayaan seorang trader tunggal yang berjaya kaut kekayaan dari bilik tidurnya dengan bertaruh terhadap dana lindung nilai.