“Rasanya macam turun sikit je kan, entah-entah nanti harganya naik tinggi pula.”
Harga mata wang kripto ONDO diasaskan oleh Ondo Finance yang merupakan penerbit sekuriti token berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) telah mengalami penerjunan dalam masa singkat sehaja setelah disyaki menjual 20 juta aset digital itu.
Dilaporkan, address 0x415…72298 telah menerima 50 juta ONDO bernilai $10.97 juta daripada address multi-signature projek tiga hari lalu kemudian 10 juta ONDO dipindahkan ke Gate dan Kucoin dan setakat ini, address itu masih mengekalkan pegangan besar 118 juta ONDO bersamaan $31.77 juta.
Susulan harga ONDO merosot daripada $0.32 kepada $0.24, volum dagangannya mencanak lebih $211 juta dalam masa 24 jam lalu iaitu peningkatan 50.10% berbanding hari sebelumnya ditambah pula modal pasaran kripto global kini turun $1.5 trilion.
Ondo Finance yang mengumumkan pembukaan pejabat pertamanya di rantau Asia Pasifik (APAC) akan melakukan bahagian pasaran besar hampir 40% dalam pasaran sekuriti token global yang menawarkan tiga produk token iaitu OUSG, OMMF dan USDY.
Baru-baru ini, Ondo Finance turut mengeluarkan token baharu dan unlocking 14.2% daripada ONDO asalnya, jadi di sini dapat dilihat produk token platform memiliki penilaian kolektif melebihi $200 juta termasuk OUSG jadi yang paling berharga.
Menurut Nathan Allman, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ondo Finance berkata terdapat penghargaan ketara untuk pendedahan berkualiti tinggi kepada aset AS yang ditawarkan oleh token ONDO.
Ondo Finance telah memeterai perjanjian bersama Mantle Network untuk melancarkan USDY tokenized note disokong oleh Perbendaharaan AS dan deposit bank termasuk kembangkan kehadirannya dengan keluarkan USDY pada rantaian Solana (SOL) pada Disember 2023.
Sehingga berita ini ditulis, harga ORDO menjunam sebanyak 6.94% pada paras $0.23 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $326 juta tetapi masih mencatatkan lonjakan 46.33% sepanjang minggu lepas.