US dolar paparkan prestasi dagangan yang positif pada pembukaan awal minggu semalam, untuk memulih sedikit dari kejatuhan yang telah dipaparkan pada penutup minggu lepas.
Namun, pengukuhan US dolar dihadkan pada sesi New York dengan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Bacaan bagi data pesanan barangan tahan lama dan juga tinjauan keyakinan pengguna yang suram gagal memberi sokongan untuk US dolar lebih menyerlah.
Dapat diperhatikan perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam yang tidak menyambung kenaikan pada penghujung minggu lepas.
Harga tidak berjaya meneruskan kenaikan melepasi 1.04500 sebaliknya menunjukkan penurunan pada sesi Eropah hingga ke zon 1.04000.
Pergerakan harga pada sesi New York dilihat kekal mendatar di zon tumpuan tersebut sehingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Dengan ketidaktentuan pasaran menuju penutup dagangan 2024 ini, sukar untuk pelabur melihat arah yang jelas dan akan terus berhati-hati dengan pergerakan volatile harga.
Sekiranya berlaku lonjakan dari zon 1.04000, kenaikan harga akan dijangkakan untuk menuju semula ke sekitar 1.05000.
Zon tersebut menjadi tumpuan harga pada minggu lalu ketika situasi sebelum terjunan berlaku yang dicetuskan oleh mesyuarat FOMC.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula harga berkemungkinan menguji paras yang dicecah minggu lalu sekitar 1.03500 yang menjadi support semasa harga.
Susut lebih rendah menjangkakan harga untuk menyentuh paras tumpuan pada 1.03000 selain mencatatkan paras terendah terbaru lagi tahun ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.