Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini mengumumkan bahawa kos haji untuk musim 1446H/2025 kekal RM33,300 seorang, namun dengan subsidi bersasar sebanyak RM261 juta, beban kewangan bakal jemaah dapat diringankan.
Bagi kumpulan B40, subsidi sebanyak 55% (RM18,300) menjadikan bayaran mereka hanya RM15,000.
M40 pula menikmati subsidi 29%, mengurangkan kos kepada RM23,500.
Namun, T20 perlu menanggung sendiri kos penuh RM33,300 tanpa sebarang subsidi.
Menurut Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, pendekatan ini bertujuan memastikan peluang menunaikan haji untuk semua, sambil mengekalkan kewangan TH.
Dalam menghadapi kenaikan kos akibat pembangunan di Mekah dan Madinah serta harga bahan api, TH telah mengambil langkah-langkah strategik seperti kontrak jangka panjang untuk penginapan dan penerbangan.
Namun, satu persoalan yang timbul adalah adakah langkah ini satu tindakan yang adil, memandangkan T20 yang juga pendeposit TH perlu membayar penuh kos haji?
Apapun, subsidi ini adalah usaha untuk menjadikan ibadah haji lebih mampu tanpa mengorbankan kelestarian kewangan.