“Pegangan BlackRock dalam BTC sekarang nampak sikit, takut tiba-tiba nanti dialah paling banyak.”
Memang ramai menjangkakan iShare Bitcoin Trust (IBIT) BlackRock memperoleh daya tarikan ketara, tetapi Grayscale berjaya mendahuluinya apabila merekodkan $1.9 bilion dalam jumlah dagangan mereka sejak dagangan pertama BTC ETF bermula.
Lebih daripada dua hari dagangan selepas itu, BlackRock hanya memegang 11,439 BTC bernilai lebih $497 juta bagi spot BTC ETF mereka dan firma gergasi itu kini sedang bersiap sedia membawa spot Ethereum (ETH) ETF ke pasaran pula tidak lama lagi.
Menerusi pemerhatian, spot BTC ETF yang baru dilancarkan tidak menunjukkan prestasi seperti diharapkan susulan harga BTC jatuh hampir $41,000 selepas naik ke $46,000 sebelum Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mengumumkan keputusan untuk meluluskan produk itu.
Terdapat beberapa faktor berbeza yang mempengaruhi aliran menurun dalam BTC, antaranya adalah trader kripto veteran Ran Neuner yang berkata Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) telah menyumbang secara ketara pada kejatuhan harganya.
Namun, beberapa pemain pasaran utama masih optimis terhadap masa depan BTC di mana penganalisis kripto terkemuka Michael van de Poppe meramalkan harganya akan mencecah $600,000 iaitu peningkatan 1,176% dalam masa terdekat ini.
Pada sisi berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlackRock Larry Fink yang menyatakan kepercayaannya terhadap BTC telah melihatnya sebagai bentuk alternatif simpanan kekayaan dan bukannya pesaing untuk menggantikan mata wang negara.
Meskipun begitu, beliau sungguh yakin mata wang digital bank pusat (CBDC) akan membuahkan hasil pada masa hadapan ia akan mengaplikasikan teknologi blockchain.