“Jangan risau semua, mungkin ada sebab Binance bertindak macam tu.”
Bursa gergasi mata wang kripto Binance mengumumkan kemasukan 10 aset digital tambahan termasuk Monero (XMR), Zcash (ZEC), Horizon (ZEN), Vai (VAI) dan Aragon (ANT) ke senarai Monitoring Tag List mereka.
Aset digital itu yang akan tertakluk pada semakan biasa akan dipantau rapi oleh Binance, jadi pelabur atau pedagang harus berhati-hati susulan bursa kripto tersebut mampu menyahsenarainya jika tidak mematuhi kriteria diperlukan seperti kestabilan rangkaian, volum dagangan dan lain-lain.
Jadi di sini dapat dilihat Binance mampu menjejaskan harga token yang dinyatakan di atas secara negatif susulan ia mungkin menghalang kecairan termasuk menyebabkan potensi kerosakan reputasi yang sangat melampau.
Selain itu, Binance juga mengalih keluar GMX (GMX) dan SushiSwap (SUSHI) daripada senarai Seed Tag yang memfokuskan kripto pada peringkat awal pembangunannya , oleh itu kedua-dua aset tersebut melihat sedikit turun naik atau tiada volatile.
OKX turut mengalihkan tumpuannya pada coins privacy susulan bertindak mengalih keluar XMR/BTC, DASH/BTC, ZEC/BTC dan pasangan dagangan spot lain daripada platformnya.
Namun, aset digital sedemikian telah berada dalam radar pemantau sejak sekian lama, di mana Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya (VARA) Dubai pada Februari 2023 telah melarang semua aktiviti dengan XMR, ZEC dan token lain.
Susulan Pihak Berkuasa Perbankan Eropah pada Mei 2023 menggesa organisasi kripto untuk terus berwaspada terhadap pelanggan yang menggunakan privacy coins, Binance ingin berhenti menyediakan perkhidmatannya di Itali, Perancis, Sepanyol dan Poland.