Pasaran mata wang kripto alami satu pergerakan harga yang sangat menyeramkan akibat serangan penghindaran risiko di peringkat global.
Harga Bitcoin catat penurunan lebih daripada 14% dan ini merupakan rekod kedua sejak ia alami kejatuhan paling teruk pada 2021.
Penurunan Bitcoin kepada $50,900 pada jam 3 petang di Malaysia sebanyak 13.1% sejak minggu lepas merupakan rekod terburuk sejak tempoh FTX meletup.
Penurunan itu berlaku apabila penjualan saham global semakin meningkat, kebimbangan mengenai prospek ekonomi dan persoalan sama ada pelaburan besar ke dalam kecerdasan buatan akan memenuhi pelaburan yang mengelilingi teknologi
Selain itu, ketegangan geopolitik semakin meningkat di Timur Tengah serta menambah kegelisahan pelabur.
Dana dagangan bursa AS Bitcoin mengalami aliran keluar terbesar dalam masa kira-kira tiga bulan pada Jumaat lepas.
Sementara itu, peserta pasaran kini meningkatkan pertaruhan untuk berlakunya pemotongan kadar faedah AS bermula mesyuarat September sebagai sokongan pengembangan ekonomi.
Prospek dasar monetari yang kurang ketat sebenarnya perkara yang memberi kelebihan kepada pasaran kripto kerana ia akan mengurangkan kos pemegang dan aktiviti jual beli semakin rancak.
Menurut data Coinglass, kira-kira $790 juta dalam pasaran kripto telah dibubarkan dalam tempoh 24 jam.