“Mesti semua terkejut tengok BTC tiba-tiba turun macam tu, ke ada yang dah jangka ia akan berlaku?
Sejurus selepas memecahkan $69,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula ke $59,398 apabila order book Binance menunjukkan orders sell besar di mana lebih 300 BTC bernilai $20 juta dijual pada $69,000 dan 500 BTC pada $70,000.
Menerusi pemerhatian, tindakan dilakukan harga BTC itu telah mencetuskan penghapusan leverage teruk yang mencairkan lebih $1.1 bilion positions dagangan derivatif merentas semua aset digital sepanjang 24 jam lalu dan $870 juta daripada positions yang liquidations adalah long.
Liquidations berlaku apabila bursa kripto menutup positions dagangan berleveraj disebabkan kerugian atau keseluruhan wang permulaan traders susulan mereka gagal memiliki dana mencukupi untuk menampung kerugian positions.
Menurut co-founder Reflexivity Research Will Clemente, peristiwa semalam telah mengingatkannya tentang reaksi BTC semasa Thanksgiving 2020 di mana harganya dijangka ke $20,000 tetapi cecah $19,500 sebelum jatuh dalam masa singkat pada $16,000.
Namun dari segi sejarah, BTC cenderung naik untuk beberapa hari akan datang susulan pada 2020, harganya canak daripada $20,000 kepada $24,200 dalam tempoh 48 jam dan ia tidak jatuh di bawah $20,000 sekali lagi sehingga Jun 2022 di tengah-tengah pasaran bearish.
Jadi di sini dapat dilihat BTC pada masa ini tidak mempunyai momentum diperlukan untuk mencontohi kenaikan pada tahun 2020 kerana orders sells ketara telah ditambah pada $70,000 dan $71,000 di Binance.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 7.31% pada paras $63,562 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan pendakian 11.63% sepanjang minggu lepas.