Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Kewangan Pentadbiran (AMP) sebanyak RM4.32 juta ke atas Maybank Bhd dan Maybank Islamic Bhd serta RM760,000 ke atas CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Bhd di atas gangguan yang berpanjangan dalam beberapa perkhidmatan perbankan.
Dalam notis berasingan, bank pusat melaporkan bahawa Maybank dikenakan penalti penuh AMP yang dikenakan pada 8 Ogos dan CIMB pula menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
Antara kesalahan yang terpenting adalah masa tergendala yang tidak dirancang menjejaskan pengguna-pengguna tidak melebihi empat jam dalam tempoh 12 bulan dan tempoh maksimum adalah 120 minit setiap kejadian.
Platform perbankan mudah alih serantau Maybank dan aplikasi MAE mengalami beberapa masa henti yang tidak dirancang antara 1 Jun 2023 dan 31 Mei 2024, mengakibatkan gangguan yang ketara kepada antara muka pelanggan dan rakan niaga.
Selain itu, BNM juga menyatakan bahawa pelanggan CIMB menghadapi gangguan perkhidmatan yang berpanjangan pada 8 hingga 9 April 2024 yang menjejaskan saluran e-perbankan, ATM dan kedua-dua perkhidmatan kad debit/kredit. Gangguan ini melebihi ambang yang ditetapkan oleh BNM.
Sebagai tindak balas, CIMB mengakui keputusan bank pusat itu dan menyatakan kekesalan terhadap masa henti yang tidak dirancang yang memberi kesan kepada pelanggan dan rakan niaganya pada tarikh tersebut.
Buat masa ini, bank bersama-sama syarikat third party perlu mengambil langkah bagi memastikan masa tergendala diminimumkan agar tidak menjejaskan urusan perniagaan dan berusaha untuk lakukan dengan lebih baik.