“BTC macam tak tahu ke mana je, pelabur mesti dah bosan nak tunggu untuk harganya naik.”
Enggan melakukan pergerakan ketara, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) kini berlegar-legar di bawah $58,000 apabila wallet berlabel Kerajaan Jerman (BKA) didapati ingin menjual lagi 6,000 BTC bernilai $354 juta.
Menerusi pemerhatian, 5,853.409 BTC telah dihantar ke address bursa kripto Coinbase, Kraken, Flow Traders dan address lain tidak dikenal pasti atau tidak disahkan kemudian address itu turut jual 1,700 BTC bernilai $91.78 juta daripada Bitstamp.
Semasa membincangkan naratif dan sentimen pasaran kripto, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blockchain Research Lab Dr Lennart Ante berkata acara sedang berlaku sekarang mungkin dilupakan dalam beberapa bulan dan peristiwa baharu seperti pembayaran Mt.Gox mungkin menjadi subjek perdebatan.
Namun perlu diketahui harga BTC telah memulih sedikit sehingga $59,400 pada Rabu semalam apabila para pelabur bertindak menghantar lebih $650 juta ke dalam spot BTC ETF disenaraikan di Amerika Syarikat (AS) dalam masa tiga hari berturut-turut.
Jadi di sini dapat dilihat iShares Bitcoin Trust (IBIT) BlackRock berjaya menarik $121 juta dalam aliran masuk diikuti Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund (FBTC) yang meraih $91 juta.
Selagi harga BTC kekal di bawah $58,000 untuk beberapa hari akan datang, tinjauan jangka panjang bagi aset digital tersebut berupaya mengekalkan penurunan disebabkan paras itu yang bertindak sebagai zon rintangan ketara.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.09% pada paras $57,491 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 4.33% sepanjang minggu lepas.