“Hmm agak-agak harga BTC akan capai $60K tak sebelum halving?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang menembusi $57,574 telah memacu kos bagi memegang pertaruhan kenaikan leveraj dalam niaga hadapan sehingga mewujudkan peluang arbitrage kepada para pedagang non-directional.
Menerusi pemerhatian, kadar pembiayaan tahunan dalam niaga hadapan kekal BTC yang disenaraikan di Binance telah melepasi 100% buat kali pertama dalam sekurang-kurangnya setahun manakala kadar pembiayaan pada Bybit dan Deribit masing-masing naik 95% serta 56%.
Kadar pendanaan positif menunjukkan perpetuals didagangkan pada premium pada harga spot dan memerlukan pedagang yang memegang positions beli untuk bayar yuran kepada mereka yang memegang positions jual, jadi di sini dapat dilihat ia adalah punca kenaikan harga BTC tercetus.
Menurut pengasas 10X Research Markus Thielen, kenaikan kadar pembiayaan mungkin berpunca daripada pedagang yang menjangkakan harga BTC akan canak susulan daripada aliran masuk berterusan ke dalam spot BTC ETF berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Tambahnya lagi, BTC dijangka akan meneruskan pendakian lagi susulan kadar pendanaan dan open interest terus meningkat yang kini pada $14.4 bilion dan beliau juga semakin yakin aliran masuk halving serta ETF akan menjadi pendorong untuk harga aset digital itu bullish.
Umum mengetahui arbitrage melibatkan keuntungan daripada percanggahan harga antara kedua-dua pasaran di mana kadar pendanaan yang tinggi membawa makna perpetuals didagangkan pada premium ketara pada harga spot.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.56% pada paras $56,855 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 9.05% sepanjang minggu lepas.