“BTC sekarang pun macam tak tahu nak pergi mana, nak naik ke nak turun ni.”
Sejurus selepas menggunung sehingga $65,500, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula di bawah $63,000 apabila broker Robinhood (HOOD) menerima Wells Notice pada hujung minggu lepas daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
Meskipun begitu, hedge fund kripto QCP Capital memerhatikan permintaan diperbaharui bagi call options BTC untuk September 2024 yang meningkatkan keyakinan harganya akan mendaki lebih tinggi dalam beberapa bulan lagi.
Namun perlu diketahui para pelabur juga akan meneliti terbitan data Perubahan Kredit Pengguna Mac pada hari ini susulan perubahan dalam kredit pengguna memiliki correlation kuat terhadap keyakinan dan perbelanjaan pengguna.
Data Tuntutan Pengangguran Permulaan juga bakal dikeluarkan pada Khamis minggu ini yang dijangka meningkat sedikit daripada bulan sebelumnya kemudian bacaan awal Indeks Sentimen Pengguna Michigan Mei akan berlaku pada Jumaat.
Selain itu, laporan awal Jangkaan Inflasi Pengguna Mei turut akan dikeluarkan pada Jumaat minggu ini dan sebagai tambahan pada laporan ekonomi, akan terdapat lapan ucapan Federal Reserve (Fed) yang boleh menyebabkan sedikit ketidaktentuan.
Suka dimaklumkan pula Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) telah menerima aliran masuk $63 juta sementara firma seperti Coinbase, Block dan MicroStrategy melaporkan peningkatan pendapatan pada minggu lepas yang menjadi pendorong seluruh pasaran kripto bertambah baik sebelum susut semula sedikit.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.23% pada paras $63,455 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 0.85% sepanjang minggu lepas.