“Hmm agak-agak Vanguard akan suka kripto macam BlackRock juga ke nanti?”
Vanguard mengumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) semasanya Tim Buckley yang memegang jawatan selama lebih tiga dekad bakal bersara menjelang akhir 2024 kemudian Ketua Pegawai Pelaburan Greg Davis akan melangkah masuk pula sebagai Presiden.
Sepanjang kepimpinannya, Buckley memainkan peranan penting dalam mewujudkan reputasi Vanguard sebagai peneraju dalam industri pengurusan pelaburan dan sepanjang tempoh perkhidmatannya, firma pengurusan aset itu telah capai rekod nilai aset bersih tertinggi melebihi $9 trilion.
Memang tidak dinafikan Davis memikul tugas baharunya sebagai Presiden dan CIO, tetapi rakan pelaburannya bakal memantau secara teliti untuk melihat sama ada akan terdapat sebarang perubahan dalam strategi firma itu yang terus menolak untuk menerima ETF kripto.
Rekod perubahan dan kepimpinan Davis dalam bidang pelaburan mungkin menjadi sumber utama yang dapat mendorong Vanguard menggunakan pendekatan lebih fleksibel terhadap trend pelaburan yang muncul dengan era digital.
Perlu diketahui juga persaraan Buckley telah mencetuskan perbincangan di kalangan pelabur, penganalisis pasaran dan lain-lain yang ingin mencari jawapan sama ada Vanguard boleh mempertimbangkan semula pendirian kukuhnya terhadap Bitcoin (BTC) ETF.
Sungguhpun strategi pelaburan tradisional telah mencirikan kepimpinan Buckley, pelantikan Davis boleh membuka pintu pada kemungkinan baharu seperti pendekatan lebih lembut terhadap pelaburan kripto, kata penganalisis Bloomberg Eric Balchunas dan James Seyffart.
Suka dimaklumkan aliran ETF Vanguard dipanggil $VOO telah melebihi aliran BTC ETF dan kisah kejayaan ini menunjukkan semula kekuatan Vanguard dalam ruang ETF biarpun ia masih mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap kripto.