Pelabur kripto terutamanya pelombong Bitcoin China menunjukkan dominasi bahagian terbesar rangkaian global walaupun negara itu mengharamkan mata wang kripto.
Menurut CEO CryptoQuant, Ki Young Ju berkata lebih 55% daripada Bitcoin rangkaian perlombongan masih dikawal oleh kumpulan perlombongan China.
Walau bagaimanapun, penguasaan perlombongan Bitcoin perlahan-lahan beralih kepada firma perlombongan di Amerika Syarikat.
Keputusan penguasaan China itu mengejutkan pasaran kripto walaupun negara itu mengharamkan perlombongan dan perdagangan Bitcoin secara menyeluruh yang berkuat kuasa pada 2021.
China merancang pindaan penting kepada peraturan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) pada 2025, undang-undang tersebut diperkembangkan meliputi urus niaga mata wang kripto sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat dengan pengawasan yang lebih ketat.
Mereka juga melarang pertukaran asing daripada menawarkan perkhidmatan dan mengharamkan semua bentuk perlombongan.
Namun, kemajuan teknologi dan sifat terdesentralisasi mata wang kripto telah menemui cara untuk mengakses pasaran kripto dan membawa kepada risiko pengubahan wang haram.
Peraturan baru yang dipinda itu bertujuan untuk mengenakan garis panduan yang lebih ketat untuk membendung aktiviti tersebut.
Sementara itu, pelombong Bitcoin di seluruh dunia menghadapi tekanan yang ketara pada bulan Ogos dan ini menandakan bulan pendapatan terendah dalam setahun.