China dilaporkan telah menjalankan ujian peluru berpandu balistik yang dikenali sebagai ICBM ke Lautan Pasifik.
Ujian ini adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan rutin oleh Pasukan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Peluru berpandu itu, yang membawa kepala peledak simulasi, dilancarkan pada 8:44 pagi waktu tempatan, mendarat di kawasan yang telah ditetapkan.
Walaupun Kementerian Pertahanan China tidak menyatakan jenis peluru berpandu namun DF-41 ICBM, dengan jarak 12,000 hingga 15,000 km, adalah peluru yang mungkin digunakan oleh PLA.
China menekankan bahawa ujian itu adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan tahunannya dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara tertentu.
Agensi media negara China, Xinhua, mengesahkan kejayaan ujian itu dalam menilai prestasi senjata dan kesiapsiagaan tentera.
Pasukan Roket PLA telah memodenkan keupayaan nuklear China sebagai tindak balas kepada kemajuan dalam sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat dan teknologi pengawasan.
Washington sebelum ini telah menyatakan kebimbangan mengenai pengembangan nuklear China, yang berkembang lebih cepat daripada yang dijangkakan.
China dikatakan mempunyai lebih 1,000 kepala peledak nuklear yang beroperasi menjelang 2030, meningkat daripada 500 yang dilaporkan pada tahun lepas.