Donald Trump telah mendedahkan rancangannya untuk membentuk semula dasar luar Amerika Syarikat (AS) semasa penggal keduanya.
Beliau berhasrat untuk memikirkan semula peranan Amerika dalam NATO, dengan alasan bahawa sekutu Eropah harus membayar balik AS untuk bantuan yang diberikan kepada Ukraine.
Beliau juga berjanji untuk segera menamatkan perang di Ukraine, mencadangkan bahawa Kyiv mungkin perlu berkompromi dengan tuntutan wilayahnya.
Walau bagaimanapun, Trump berdepan sekatan undang-undang yang menghalangnya daripada memulakan rundingan sebelum memegang jawatan.
Mengenai perdagangan, Trump merancang untuk melaksanakan tarif yang ketara ke atas import, mencadangkan kadar universal 10% dan lebih tinggi untuk negara seperti China selain amaran tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico.
Beliau mahukan had yang lebih ketat ke atas pelaburan China dalam infrastruktur AS dan percaya Taiwan harus menyumbang secara kewangan kepada pertahanannya.
Trump berhasrat untuk mengklasifikasikan kartel dadah di Mexico sebagai organisasi pengganas dan mengarahkan menggunakan pasukan “Special Forces” AS untuk menanganinya.
Beliau juga mencadangkan penempatan semula tentera dari luar negara untuk melindungi sempadan AS – Mexico.
Di Timur Tengah, Trump telah berikrar tindakan lebih tegas terhadap Iran dan menegaskan Hamas mesti dihentikan.
Beliau Merancang untuk menarik A.S. keluar daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi dan membayangkan membina perisai pertahanan “force field” untuk melindungi A.S. daripada ancaman peluru berpandu.
Trump mendakwa bahawa kepimpinannya adalah penting untuk mencegah perang dunia ketiga semasa berucap ketika pilihan raya.