Emas jatuh mendadak pada sesi awal New York semalam (Khamis) kerana Biro Statistik Buruh (BLS) Amerika Syarikat melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang lebih panas daripada yang dijangkakan untuk Februari.
Logam kuning itu mengalami tekanan kerana kebimbangan inflasi yang kekal berterusan semakin mendalam.
Harga emas kini berada pada paras $2,164.93 iaitu naik sebanyak 0.14% sejak pembukaan dagangan pagi tadi.
Sementara itu, data inflasi AS Februari yang dikeluarkan pada Selasa lepas menunjukkan keputusan yang mengejutkan daripada jangkaan. Trend yang sama daripada data PPI telah meningkatkan ketidakpastian pasaran berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Fed pada Jun nanti.
Hal ini juga telah menyebabkan hasil pada bon Perbendaharaan AS 10 tahun lebih tinggi kepada 4.28% dan menyebabkan peningkatan mendadak dalam pasaran emas.
Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 103.10 mata dan menewaskan pasaran logam kuning pada minggu ini.
Selain itu, Biro Banci AS telah melaporkan bahawa Jualan Runcit berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pasaran. Perkara ini bakal memberi hala tuju yang lebih jelas buat harga emas seperti ramalan kadar faedah dan data-data ekonomi yang menggerakkan alur pasaran.
Plot titik terakhir yang dikeluarkan dalam mesyuarat Disember meramalkan tiga pemotongan kadar tahun ini disebabkan oleh pengukuhan Dolar AS (USD) dan hasil bon yang tinggi.