Wall street kekal kukuh pada awal Jumaat kerana pelabur menunggu data inflasi baharu Amerika Syarikat (AS).
Indeks harga PCE, yang merupakan alat utama Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengukur inflasi, akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Pengerusi Fed Jerome Powell baru-baru ini membayangkan bahawa inflasi mungkin masih berada lebih tinggi daripada sasaran 2% Fed.
Pandangan itu dibuat sejurus selepas keputusan Fed untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat FOMC terakhir 2024.
Bagaimanapun, bank pusat itu memberi isyarat pengurangan kadar yang lebih sedikit menjelang 2025 disebabkan oleh inflasi yang tidak menentu.
Pada Khamis, Dow Mencatatkan keuntungan sebanyak 0.04%, S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing kehilangan 0.09% dan 0.1%.
Saham FedEx melonjak 8% pada dagangan selepas waktu kerja, hasil daripada keputusan suku tahunan yang kukuh.
Sementara, saham Nike merosot selepas kenaikan awal berikutan laporan pendapatannya yang kurang memberangsangkan.