“Wow kalau macam tu mesti semua orang suka kan? Ke ada yang benci?”
Pengurus aset Fidelity berpandangan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) mampu memperbaharui minat institusi utama dalam kewangan decentralized (DeFi) termasuk stablecoin selagi infrastruktur terus berkembang pada tahun ini.
Sungguhpun Fidelity menjangkakan institusi menyelami DeFi bagi hasilnya tahun lepas, ia tidak berakhir sampai di situ susulan kenaikan kadar faedah mendorong mereka untuk beralih ke aset digital pula yang dianggap lebih selamat.
Terdahulu, ramai pihak bukan sahaja berpendapat DeFi adalah antara perkara sukar digunakan malah dilihat sebagai platform yang paling terdedah pada penggodaman dan eksploitasi sehingga menyebabkan institusi meneliti risiko berkaitan kontrak pintar.
Meskipun begitu, tahun 2024 boleh melihat institusi mempunyai minat diperbaharui untuk hasil DeFi sekiranya ia sekali lagi menjadi lebih menarik daripada hasil TradFi serta infrastruktur baru muncul yang lebih maju.
Selepas peraturan dikemas kini daripada Lembaga Piawaian Perakaunan Kewangan (FASB) membenarkan firma melaporkan kerugian paper loss* dan keuntungan daripada pegangan kripto mereka, Fidelity jangka syarikat akan lebih selesa dengan idea untuk meletakkan aset digital pada kunci kira-kiranya.
*Kerugian dalam nilai pelaburan, dan sebagainya yang muncul dalam akaun, tetapi itu tidak melibatkan kerugian tunai sebenar,
Mengenai stablecoin pula, Fidelity ramal penerokaan institusi untuk aset pegged pada dolar AS akan semakin diterima pada tahun ini susulan para pengguna sedang memburu pembayaran lebih pantas dan murah.
Jadi di sini dapat dilihat rangka kerja pengawalseliaan bakal menjadi lebih jelas dan Tether (USDT) serta USD Coin (USDC) tidak akan kehilangan nilainya pada tahun ini kerana pasaran kripto mungkin terus dapat daya tarikan ditambah pula jangkaan pemotongan kadar faedah.