“Ada bertimbun memecoin Donald Trump, takkan semua turun kot.”
Baru-baru ini dikejutkan berita berhubung memecoin bertemakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengalami penerjunan drastik sejurus selepas beliau didapati bersalah atas 34 pertuduhan jenayah berkaitan kes “hush money”.
Menerusi pemerhatian, salah satu memecoin bertemakan Trump dipanggil MAGA (TRUMP) yang menjunam ke $15 sebelum keputusan dibacakan telah merudum lagi sehingga $10.14 tidak lama kemudian sebelum kini pulih semula di atas $13.
Bukan itu sahaja, MAGA Hat turut tergelincir kira-kira 16% dalam sejam lalu sementara Super Trump (STRUM) dan MAGA VP (MVP) masing-masing turut jatuh sebanyak 16% serta 22% dalam masa singkat sahaja.
Namun perlu diketahui tidak semua memecoin bertemakan Trump mendapat kesan yang serupa susulan Doland Tremp (TREMP) telah mengalami pergerakan turun naik secara ketara disebabkan traders yang keluar masuk mata wang kripto Solana (SOL).
Berbalik pada penerangan mengenai 34 pertuduhan jenayah dikenakan kepada Trump, beliau bukan sahaja didakwa memalsukan rekod perniagaan malah membayar wang untuk menguburkan liputan akhbar.
Meskipun begitu, Trump yang berhasrat menyertai pilihan raya presiden pada tahun ini telah menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya dengan memanggil perbicaraan tersebut sudah ditipu.
Umum mengetahui bahawa saham Trump Media & Technology Group (DIT) di Nasdaq juga menjunam dalam dagangan selepas waktu kerja di mana data daripada Yahoo Finance menunjukkan harganya turun 9%.