“Waduh, kenapa Brad Garlinghouse macam sakit hati sangat dengan memecoin anjing ini.”
Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple (XRP) semasa berada pada Persidangan Konsensus 2024 baru-baru ini berpandangan Dogecoin (DOGE) bukanlah perkara baik bagi pasaran mata wang kripto.
Memang tidak dinafikan memecoin semakin menarik perhatian ramai pelabur sepanjang tahun ini, tetapi Garlinghouse berkata prestasi DOGE kian pudar susulan daripada kekurangan utiliti dan pembangunan keseluruhannya.
Apa yang menjadikan pasaran kripto begitu menarik adalah projek berterusannya yang menyasarkan kawasan pertumbuhan dan menyediakan peluang berbeza kepada pelbagai pelabur yang makin minat terhadap dunia aset digital.
Meskipun begitu, kepelbagaian tersebut boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mereka yang berusaha sedaya upaya mempromosikan kemakmuran industri kripto secara keseluruhan, ulas Garlinghouse sambil menambah pengaruh DOGE adalah sangat negatif.
Sungguhpun Garlinghouse bukanlah anti-DOGE, beliau tetap menjelaskan sesungguhnya beliau masih tidak mengetahui apakah sebenarnya kes penggunaan memecoin bertemakan anjing tersebut.
Bagi firma teknologi seperti XRP, komited terhadap kebolehcapaian pembayaran rentas sempadan dan penggunaan aset digital boleh menjadi titik pertikaian apabila memerhatikan DOGE serta memecoin lain yang sejak kebelakangan ini makin digembar-gemburkan.
Setakat penulisan ini, harga DOGE menjunam sebanyak 0.14% pada paras $0.14 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $20 bilion kemudian merekodkan penyusutan 2.52% sepanjang minggu lepas.