Baru-baru ini, Elon Musk yang merupakan pelabur kuat mata wang kripto telah menyatakan sokongan penuhnya ke atas pentadbiran Donald Trump menjelang pilihan raya Presiden yang bakal berlangsung pada bulan November.
Sokongannya itu adalah selepas manifesto beliau yang bernada ‘pivot’ ke atas kripto dan memberi harapan tinggi buat para pelabur jika berjaya mentadbir White House.
Sebelum ini, Donald Trump pernah menyatakan bahawa aset kripto adalah penipuan, bukan wang sebenar dan bencana terhadap kedudukan di dunia pasaran. Kini, beliau menjadi calon Presiden AS pertama yang menerima sumbangan kripto dan menggalakkan platform perlombongan Bitcoin.
Tetapi, benarkah pendirian Donald Trump terhadap mata wang kripto sangat meyakinkan atau sekadar ‘menjaga hati’?
Ramai percaya bahawa pendirian calon Presiden AS itu sekadar untuk meraih sokongan daripada pemegang kripto kerana ia merupakan isu yang sering dibangkitkan dalam bual bicara ekonomi Amerika Syarikat dan para pelabur.
Ia disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati dengan kedudukan pentadbiran Biden yang sering menolak peluang terhadap kripto.
Walaupun secara peribadinya Trump dilihat kurang komited terhadap kripto, kumpulannya masih berusaha untuk memahami nilai pemegang kripto dan membawa dasar monetari tersebut dalam pentadbiran seterusnya.
Kempen tersebut bakal menarik ramai sokongan hasil keraguan masyarakat terhadap Biden.