Emas turun sedikit daripada rekod tertinggi baharu sepanjang masa iaitu $2,353.78 pada sesi dagangan Asia semalam (Isnin).
Potensi jangka pendek dalam tindakan bank-bank pusat global memegang aset selamat emas kekal kukuh dan mendorong harganya melonjak tinggi baru-baru ini.
Harga logam kuning itu masih di paras positif walaupun hasil Perbendaharaan AS meningkat selepas laporan Non-Farm Payrolls (NFP) kukuh pada Mac bagi membantu memperkukuhkan jangkaan Fed dalam melakukan pemotongan kadar faedahnya pada Jun nanti.
Sementara itu, harga emas kini berada pada posisi $2,340.55 iaitu naik sebanyak 0.05% sejak pembukaan dagangan Asia awal pagi tadi.
Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi empat bulan berhampiran 4.45%. Secara amnya, hasil bon yang lebih tinggi melembapkan daya tarikan emas kerana ia meningkatkan kos pemegangnya. Namun, kesannya tidak bertahan sejak beberapa minggu lalu.
Seorang pegawai Fed melihat tiada keperluan untuk mereka meneruskan pemotongan kadar faedah jika inflasi kekal berterusan.
Presiden Bank Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata pemotongan kadar faedah tidak mempunyai keperluan pada tahun ini.
Katanya lagi, Fed perlu mengekalkan kadar faedah pada 5.25% – 5.50% jika inflasi kekal kukuh daripada yang diharapkan. Andaikan ia (inflasi) masih tidak berkesan, kenaikan kadar selanjutkan di luar jangkaan mungkin terjadi berdasarkan beberapa petunjuk terkini.
Melihat secara teknikal pula, XAU/USD teruskan pendakian walaupun oscillators momentum bertukar menjadi terlebih beli dan mendorong kenaikan harganya lebih dalam masa terdekat.
Emas meningkat kepada $2,350 dan para pelabur dijangka membuat kedudukan baharu selepas keluaran data inflasi AS baru-baru ini.
Paras tertinggi pada 21 Mac pada $2,223 akan menjadi kawasan sokongan utama kepada kenaikan emas sekarang.
Indeks Kekuatan Relatif (RSI) 14 tempoh mencapai 84.00 yang menunjukkan bahawa momentum kenaikan harga masih aktif. Walau bagaimanapun, isyarat terlebih beli telah muncul.