Emas didagangkan agak sempit semasa sesi awal Asia pada hari ini. Situasi pasaran menjadi lebih berhati-hati menjelang minggu ini kerana bank pusat AS sangat sibuk dengan penetapan dasar dan beberapa data penting oleh Bank of Japan (BoJ).
Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) juga bergerak ketat iaitu sekitar 103.32 dan hasil Perbendaharaan AS meraih keuntungan dengan hasil 10 tahun berada pada 4.10%.
Walau bagaimanapun, harga emas didagangkan rendah sedikit iaitu pada $2020.66 iaitu turun 0.06% pada hari ini.
Pasaran kini melihat tiada perubahan dalam penetapan kadar faedah daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada bulan ini. Para pelabur perlu mengurangkan unjuran pelonggaran kepada lima suku peratus daripada enam mata sebelumnya.
Berkemungkinan penurunan kadar pada mesyuarat Mac jatuh kepada 42% berbanding jangkaan 70% sebelum ini.
Berdasarkan kenyataan beberapa pegawai Federal Reserve, Gabenor Christopher Waller, John Williams dan Raphael Bostic berkata bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah walaupun jangkaan itu semakin kuat.
Minggu ini, beberapa data ekonomi penting akan menjadi petunjuk seperti laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku keempat pada Khamis dan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (Core PCE) pada Jumaat.
Jika berlakunya kelemahan pada data-data ekonomi AS, ini akan mendorong Fed untuk berpendirian dovish dan memberikan kredit kepada harga emas.
Hari ini, para pelabur perlu memperhatikan laporan Indeks Pengilangan Fed Richmond AS pada Januari.