Pagi ini, kita dapat lihat harga emas jatuh ke paras sekitar $2,060 apabila situasi pasaran semakin meruncing berikutan beberapa data ekonomi yang akan muncul pada minggu ini.
Laporan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P pada Disember jatuh di bawah jangkaan pelabur semalam dengan merosot ke paras terendah empat bulan di paras 47.9 berbanding 48.2 pada November.
Kini, para pelabur mengurangkan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) disebabkan kesalahan beberapa data dan membuatkan ramalan pasaran kepada median sekitar 150 mata asas. Ia berbeza dengan laporan sebelum ini iaitu sebanyak 75 mata asas pada 2024.
Sentimen pasaran dijangka akan bergelora pada minggu ini disaat menunggu terbitan data pertama pekerjaan NFP AS 2024 yang dijadualkan pada Jumaat ini. NFP Disember dijangka akan berlakunya perubahan pada data pekerjaan AS dengan berkurangan sedikit daripada 199,000 kepada 168,000.
Minggu ini juga, para pelabur masih perlu menempuh laporan pada malam ini iaitu data ISM Manufacturing. Selain itu, mereka juga perlu memberi fokus pada data Perubahan Pekerjaan ADP dan Tuntutan Pengangguran Awal untuk hujung bulan lepas.
Pergerakan pasaran emas kini dilihat agak merosot sedikit mengikut Purata Pergerakan Mudah 200 jam berhampiran $2,060. Manakala, pergerakan harian pula dilihat masih tinggi walaupun perlu menempuh pergerakan sukar untuk tembus semula pada paras $2,070.
Buat masa ini, harga masih lagi kukuh di atas kawasan $2,000 dan para pelabur perlu lebih berhati-hati kerana data-data yang dikeluarkan pada awal bulan ini sangat berisiko terhadap pasaran emas.