“Pengerusi SEC ni tak boleh duduk diam ke? Asyik nak takutkan orang je.”
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler menyiarkan satu kenyataan di platform media sosial X apabila ramai pengurus aset menunggu keputusan akhir berkenaan kelulusan atau penafian spot Bitcoin (BTC) ETF.
Diperjelaskan lebih lanjut, Gensler menyeru pelabur mata wang kripto untuk mengingati beberapa perkara susulan pengurus aset yang tawar kripto mungkin tidak mematuhi undang-undang sekuriti persekutuan dan ini membawa makna aset digital boleh jadi sangat berisiko atau tidak menentu.
Rentetan itu, penipu akan terus mengeksploitasi pelabur runcit melalui peningkatan populariti kripto, ulas Gensler sambil menambah pelaburan itu mungkin terus dipenuhi tawaran coins palsu, skim ponzi dan kecurian langsung di mana penganjur projek hilang bersama wang pelabur.
Kenyataan beliau itu telah dilakukan selepas beberapa pengeluar spot BTC ETF memfailkan permohonan S-1 dipinda dengan SEC yang merupakan salah satu langkah terakhir ke arah meluluskan ETF di Amerika Syarikat (AS).
Disebabkan permohonan spot BTC ETF sudah tergendala selama bertahun-tahun lamanya, ramai yang mengkritik SEC susulan pengawal selia di Kanada telah membenarkan firma menyenaraikan ETF di bursa mulai 2021.
Pada Ogos 2023, seorang hakim persekutuan mengarahkan SEC untuk menyemak semula permohonan spot BTC ETF daripada Grayscale setelah mendakwa komisen tersebut berubah-ubah dalam menafikan pelaburan itu.
Pada sisi berbeza, VanEck yang mengambil langkah tegas telah membuat pelaburan awal $72.5 juta seperti didedahkan dalam borang S-1 yang dipinda manakala Bitwise pula $500,000 dan Pantera Capital sumbang $200 juta kepada dana jika ia dapat kelulusan spot BTC ETF.
Bukan itu sahaja, BlackRock yang merupakan pemain penting dalam industri kewangan turut enggan ketinggalan di mana mereka telah melakukan pelaburan awal sebanyak $10 juta.