Pergerakan pasaran suram di awal minggu dengan pelabur menyaksikan US dolar masih menyambung corak penyusutan dari minggu lepas.
Pelabur dilihat dalam keadaan berwaspada menantikan terbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang menjadi petunjuk penting kepada Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka.
Terlebih dahulu, data inflasi pengeluar (PPI) AS akan diberi tumpuan pada sesi New York malam ini sebagai petunjuk awal.
Meneliti pergerakan harga semasa pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menyambung kenaikan pada dagangan Isnin semalam menuju zon tumpuan pada 1.08000.
Seperti dijangkakan, berlaku reaksi menarik apabila harga yang menguji zon rintangan itu kemudiannya berundur semula menuju penutup sesi New York.
Harga mendatar perlahan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) di bawah zon 1.08000 namun dilihat berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang masih memberi isyarat pergerakan bullish.
Sekiranya corak kenaikan dilanjutkan, harga bakal melepasi rintangan 1.08000 seterusnya mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Sasaran adalah untuk menuju zon tumpuan berikutnya pada sekitar 1.09000.
Sebaliknya jika harga gagal meneruskan kenaikan melepasi rintangan 1.08000 dan mula susut di bawah garisan sokongan MA50, pelabur akan bersedia untuk kejatuhan semula harga.
Penurunan dijangka untuk kembali semula ke zon 1.07000 dengan melepasi paras yang dicecah pada minggu lalu sekitar 1.07300.
Arah pergerakan harga yang lebih jelas akan diketahui selepas data inflasi diterbitkan minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG