Seperti yang dijangka penganalisis, pemulihan US dolar pada Khamis lalu hanya bersifat sementara susulan kembali menyambung semula corak penyusutan pada Jumaat.
US dolar dijangka akan kekal bergerak lemah pada minggu ini setelah pasaran meneliti petunjuk penting data inflasi minggu lalu yang catatkan angka yang menurun.
Minit mesyuarat FOMC akan diteliti pada minggu ini yang berpotensi mempengaruhi pergerakan semasa US dolar.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga yang berlaku minggu lalu dilihat tersekat di zon 1.09000 setelah rintangan itu diuji.
Harga sedikit berundur dan mendatar di bawahnya menuju dagangan ke penghujung minggu.
Pergerakan harga perlahan di pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin) yang berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebagai isyarat untuk trend bullish diteruskan.
Kenaikan harga akan diperhatikan untuk zon rintangan 1.09000 diuji dan ditembusi sebelum trend tersebut diteruskan.
Sekiranya zon 1.09000 ditembusi, kenaikan lebih tinggi akan dilanjutkan menuju sasaran seterusnya pada 1.1000.
Sebaliknya jika harga semakin berundur turun ke bawah, sokongan harga dilihat pada 1.08000 yang berada di zon RBS (resistance become support).
Penurunan lebih rendah akan menandakan trend bearish semakin jelas sebelum harga bakal menuju semula sehingga sekitar 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG