Menutup dagangan pada minggu lalu, mata wang US dolar melemah di sesi-sesi akhir menyaksikannya berundur dari paras tertinggi 2 tahun yang dicapai.
Sebelum itu, US dolar telah paparkan pengukuhan ketara ketika reaksi keputusan mesyuarat FOMC terakhir 2024 diumumkan minggu lalu dengan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan dasar monetari pada tahun hadapan.
Pada sesi New York Jumaat lalu, indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan yang kurang memberangsangkan, namun dilihat masih baik.
Momentum US dolar sedikit terbantut pada penutup minggu tersebut namun dijangka akan terus mendapat kelebihan untuk dagangan selanjutnya.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah paparkan lantunan semula ketika penurunan pada awalnya menghampiri sekitar 1.03400.
Di penghujung minggu itu, harga berjaya melantun semula di atas zon 1.04000 dengan ketinggian sekitar 1.04400 dicapai pada penghujung sesi terakhir.
Turut memberi isyarat kepada perubahan trend bullish apabila kenaikan harga itu kembali melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan masih diteruskan di awal minggu ini, harga dilihat akan kembali ke zon ‘magnet’ sebelum ini iaitu pada 1.05000 yang menjadi menjadi tumpuan sebelum mesyuarat FOMC lalu.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan menguatkan lagi petunjuk untuk pergerakan bullish harga diteruskan dengan sasaran akan beralih pada zon rintangan 1.06000.
Sebaliknya jika harga kecundang jatuh semula, paras terhampir adalah pada 1.04000 yang dijangka akan diuji harga.
Menjunam lebih rendah ke bawah berkemungkinan akan melepasi paras minggu lalu sebelum harga menuju ke zon support 1.03000 selain mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.