US dolar melanjutkan corak penyusutan nilainya pada dagangan Selasa semalam seperti yang telah dijangkakan penganalisis susulan langkah pelonggaran dasar monetari yang dimulakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat minggu lalu.
Tambahan, data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semakin menambahkan tekanan buat US dolar.
Selepas bacaan data PMI AS untuk September yang kurang memberangsangkan, tinjauan keyakinan pengguna AS yang dilaporkan semalam menunjukkan angka yang lemah.
Kemerosotan prestasi US dolar dilihat sedang memberi manfaat kepada kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk perkukuhkan nilai masing-masing.
Termasuk Euro, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang telah kembali paparkan lonjakan semula.
Pada awal minggu, harga ditekan jatuh ke zon 1.11000 dahulu berikutan data PMI Eropah yang pengaruhi penyusutan Euro.
Namun, dengan data-data ekonomi AS yang suram, harga telah meneruskan kenaikan pada Selasa semalam sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Kenaikan harga telah berjaya mengatasi paras minggu lalu, untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.
Kini zon rintangan 1.12000 dilihat menjadi tumpuan diuji dengan reaksi harga di sekitar itu akan menjadi petunjuk bagi arah pergerakan selanjutnya.
Jika tembus ke atas, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran sehingga paras 1.12700 hingga 1.13000.
Namun sekiranya rintangan 1.12000 gagal dilepasi, harga berkemungkinan boleh berundur jatuh semula untuk berlegar dalam julat minggu lalu.
Sokongan terhampir harga kekal pada 1.11000 seperti yang diuji pada dagangan awal minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG