Carta pasangan mata wang GBP/USD pada sesi New York Jumaat lalu menyaksikan terjunan harga sekitar 100 pips berikutan reaksi pasaran terhadap data yang diterbitkan.
Menjadi tumpuan, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang terbaru telah memberi impak pengukuhan yang ketara terhadap US dolar.
Situasi ini juga telah mencetuskan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan menangguhkan tindakan untuk menurunkan kadar faedah mereka pada September nanti.
Pound pula berisiko dengan isyarat bearish oleh bank pusat England (BOE) sebelum ini. Justeru, data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK pada minggu ini akan diperhatikan.
Jika diperhati pada carta GBP/USD minggu lalu, harga telah menguji zon rintangan 1.28000 sejak awal minggu namun tetap gagal untuk menembusinya.
Pada Jumaat, harga menguji sekali lagi zon tersebut sebelum kemudiannya menjunam ketika reaksi data NFP diterbitkan di sesi New York tersebut.
Melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang memberi isyarat pergerakan bearish, harga catatkan penurunan harian sekitar 100 pips.
Penurunan hampir mencecah paras 1.27000 yang merupakan zon sokongan buat harga, dipercayai harga akan menuju sekitar tersebut di awal minggu ini.
Pergerakan harga mendatar di sesi Asia pagi ini (Isnin) di sekitar 1.27200 dengan jangkaan penurunan akan terus dilanjutkan dengan momentum pengukuhan US dolar yang dikekalkan.
Tumpuan seterusnya untuk penurunan harga adalah pada zon 1.26000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.
Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula, halangan MA50 perlu diatasi sebelum kembali memberi isyarat untuk menyambung pergerakan bullish kembali.
Sasaran untuk harga masih pada zon rintangan 1.28000 yang diuji sepanjang minggu lalu dan mengekang kemaraan harga ke paras lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG