Anak syarikat Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, telah mengambil alih 157.42 hektar tanah pegangan bebas di Port Dickson.
Perolehan tersebut melibatkan perjanjian bernilai RM424.4 juta itu, yang ditandatangani antara Gamuda DC dengan West Synergy Sdn Bhd.
Langkah tersebut menunjukkan komitmen Gamuda terhadap rancangan untuk membangunkan kemudahan ‘Cloud’ dan pusat data yang canggih.
Menurut syarikat tersebut perolehan akan menggunakan dana syarikat sendiri dan dijangka proses perolehan tersebut akan selesai pada Julai 2025.
West Synergy yang merupakan anak syarikat MUI Properties Bhd, memiliki 60% kepentingan dalam syarikat itu.
Penjualan ini dijangka memberi manfaat kewangan yang ketara kepada MUI Properties, termasuk jangkaan keuntungan bersih sebanyak RM206.13 juta.
Selain itu, aset bersih mereka diramalkan meningkat sebanyak RM123.68 juta.
MUI Properties merancang untuk melabur semula hasil dengan memperoleh tanah di lokasi yang dapat mengukuhkan portfolionya dan memastikan pertumbuhan yang mampan.