Corak pergerakan harga sepanjang minggu lalu berubah-berubah berikutan impak data-data penting yang diberikan tumpuan.
Sesi terakhir minggu lalu menyaksikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan hingga memberi kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.
Secara keseluruhannya, butiran komponen data pada laporan menunjukkan sektor pekerjaan AS pada Januari adalah memberangsangkan.
Situasi ini dilihat semakin mengurangkan unjuran untuk langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Justeru, US dolar telah mengukuh ke paras tertinggi 7 minggu dan membenamkan mata wang utama lain dalam pasaran termasuk Euro.
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD pamerkan pergerakan ke paras terendah terbaru 8 minggu dengan jangkaan penurunan akan diteruskan.
Pada Jumaat lalu, harga yang berlegar pada zon 1.09000 telah menjunam lebih 100 pips susulan reaksi terhadap laporan data NFP tersebut sehingga ke bawah zon 1.08000.
Petunjuk bearish diperhatikan susulan harga kembali bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Menutup dagangan di bawah zon 1.08000, harga berlegar perlahan di sesi Asia pagi ini (Isnin) sekitar 1.07700 dengan jangkaan momentum penurunan akan berterusan di awal minggu.
Sasaran adalah untuk harga cecah sekitar 1.07000 untuk terus catatkan paras terendah terbaru lagi.
Namun jika harga berjaya mendaki naik semula di atas zon 1.08000, arah pergerakan harga berkemungkinan akan berubah selepas corak bearish sebelumnya dipatahkan.
Kenaikan harga akan cuba untuk menuju semula zon 1.09000 yang kekal sebagai rintangan semasa buat harga.
Jika tembus lebih tinggi, kenaikan bakal diteruskan menuju paras tumpuan berikutnya pada 1.1000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG