Belum lagi mesyuarat polisi berlangsung, Pound dah ketara terjun pada pergerakan carta pasangan mata wang GBP/JPY jika diperhatikan.
Di sesi New York malam ini jam 8 malam waktu tempatan akan berlangsung mesyuarat bank pusat England (BOE) selepas pasaran beralih tumpuan daripada mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Ramalan majoriti adalah kadar faedah akan dikekalkan di paras 5.25% dan kenyataan susulan oleh gabenor akan menjadi petunjuk utama hala tuju dasar monetari berikutnya serta akan turut memacu arah pergerakan Pound di penghujung minggu.
Untuk beberapa minggu sebelum ini, dapat dilihat harga pada carta GBP/JPY menguji zon rintangan pada 188.500 dan gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Corak penurunan mula dipamerkan minggu ini dengan penurunan ketara di sesi New York semalam telah mencecah paras sekitar 186.00.
Isyarat bearish diperhatikan apabila harga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga bergerak mendatar di zon 186.00 sehingga ke pembukaan sesi Eropah petang ini.
Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan untuk menuju zon tumpuan pada 185.00 jika Pound terus alami kemerosotan.
Seterusnya, zon 184.00 akan jadi sasaran berikutnya jika pergerakan bearish masih berterusan.
Namun, berkemungkinan situasi boleh berubah kesan daripada keputusan mesyuarat BOE yang memberi kejutan dalam pasaran.
Jika harga melonjak semula, zon SBR (support become resistance) pada 187.500 dilihat bakal diuji dan memberi reaksi menarik.
Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan akan kembali menuju semula ke zon rintangan sebelum ini pada 188.500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG