Carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya memaparkan corak pergerakan bullish sehingga ke penghujung dagangan minggu lalu ekoran faktor penyusutan US dolar yang kekal berterusan.
Kesan bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang semakin menurun telah meningkatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar faedah pada September.
Pound menunjukkan pengukuhan minggu lalu apabila data pertumbuhan ekonomi UK diterbitkan meningkat.
Beberapa data ekonomi UK akan diperhatikan minggu ini termasuk data inflasi, pekerjaan dan jualan runcit.
Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga yang melepasi paras 1.29000 minggu lalu telah melonjak naik hampir menyentuh paras 1.3000 di penutup sesi terakhir.
Namun, harga kembali dibuka rendah di awal minggu ini dengan pergerakan harga mendatar sekitar paras 1.29600.
Masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat harga masih bergerak dalam trend bullish.
Jika corak kenaikan berjaya diteruskan, harga dijangka untuk melepasi rintangan 1.30000 sebelum maju lebih tinggi menuju sasaran seterusnya pada 1.31000 pula.
Namun jika situasi tidak menyokong kenaikan untuk berlaku, waspada dengan risiko kejatuhan semula harga setelah capai paras tertinggi 12 bulan.
Penurunan harga dilihat akan singgah menguji paras 1.29000 sebelum kejatuhan lebih rendah harga bakal mencecah semula sekitar 1.28000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG