Corak penurunan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika menamatkan dagangan di penghujung minggu lepas.
US dolar mengekalkan pengukuhan sementara Pound pula suram apabila pasaran memberi reaksi terhadap laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang diterbitkan.
Data PMI Amerika Syarikat (AS) cemerlang untuk bulan Jun dengan angka yang mengatasi ramalan sementara PMI UK pula hambar, namun angka masih berada di atas paras 50 mata.
Carta GBP/USD menyaksikan penurunan harga ke paras terendah terbaru 5 minggu setelah harga gagal bertahan di atas paras 1.27000.
Penurunan pada Jumaat lalu mencecah paras sekitar 1.26200 dengan isyarat bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika US dolar mengekalkan momentum positif itu minggu ini, penurunan lebih rendah harga akan berlaku.
Zon support pada 1.26000 dilihat sebagai tumpuan terhampir buat harga selain paras terendah terbaru akan dicatatkan lagi minggu ini.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan lebih rendah melepasi zon itu akan mengubah sasaran seterusnya pada sekitar 1.25000.
Namun, jika harga kembali paparkan peningkatan melepasi halangan MA50, berkemungkinan corak pemulihan harga akan dipaparkan semula.
Rintangan awal untuk peningkatan harga adalah pada paras 1.27000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan selepas melepasinya.
Sasaran lebih tinggi harga akan berada pada zon 1.28000 yang sebelum ini menjadi rintangan penting diuji oleh harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG