Pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam menyaksikan penurunan awal harga di sesi Asia menghampiri sekitar 1.31500 yang menyambung corak pergerakan selepas mesyuarat FOMC berakhir.
Namun, US dolar yang kemudiannya mula kembali bergerak lemah menyaksikan lonjakan harga semula sehingga mencapai paras sasaran 1.33000.
Selain itu, Pound melonjak naik ekoran reaksi terhadap keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.00% dan menyampaikan nada yang lebih berhati-hati untuk langkah polisi selanjutnya.
Perubahan daripada nada yang lebih dovish sebelum ini telah menyokong Pound untuk meningkat berikutan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh BOE yang berkurangan.
Lonjakan 160 pips itu berjaya menyokong mata wang Pound ke paras tertinggi terbaru sejak Februari 2022 sebelum harga berundur semula di sesi New York semalam.
Namun pergerakan harga mengekalkan trend bullish dengan isyarat yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Harga dibuka sekitar 1.32700 pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) menyaksikan pergerakan mendatar seketika sebelum kenaikan dipaparkan menuju penghujung sesi.
Awal sesi Eropah melihatkan lonjakan harga yang melepasi rintangan 1.33000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sokongan data terbaru yang diterbitkan iaitu jualan runcit UK.
Bacaan data terbaru bagi bulan Ogos adalah kukuh pada 1.0% mengatasi bacaan bulan sebelumnya dan juga angka ramalan.
Sasaran kenaikan lebih tinggi selepas ini dijangka untuk menuju zon tumpuan pada 1.34000.
Namun, sekiranya harga kembali menjunam di bawah paras 1.33000 semula, penurunan harga boleh dijangkakan untuk kembali ke zon 1.32000 semula.
Pergerakan di bawah sokongan MA50 juga boleh menjurus penurunan lebih rendah sehingga ke paras-paras tumpuan terdahulu 1.31000 atau 1.3000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG