Penurunan harian 100 pips berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam melihatkan tekanan semakin meningkat untuk Pound pada pembukaan dagangan April.
Situasi penurunan ketara harga di sesi New York semalam didorong oleh reaksi pengukuhan US dolar susulan data tinjauan ISM untuk sektor pembuatan AS catat bacaan yang memberangsangkan.
Ini sekaligus mengurangkan jangkaan berkenaan langkah penurunan kadar faedah untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada Jun nanti.
Justeru, US dolar ketara mengukuh semalam dan membenam kebanyakan mata wang utama yang lain termasuk Pound.
Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga akhirnya telah keluar dari zon mendatar sepanjang minggu lalu dengan terjunan ketara semalam.
Penurunan harga melepasi zon 1.26000 mencecah paras terendah terbaru 7 minggu pada 1.25400.
Pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menguatkan kecenderungan untuk harga meneruskan trend bearish.
Harga mendatar di paras 1.25400 yang dicecah itu sehingga ke penghujung sesi New York dan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Penurunan lebih rendah harga dijangka akan diteruskan lagi selepas ini untuk seterusnya menguji pula paras sokongan yang berada pada 1.25000.
Kali terakhir paras tersebut diuji adalah pada dagangan Disember tahun lalu dan masih lagi belum ditembusi sehingga kini.
Namun tidak mustahil untuk kenaikan harga berlaku semula dan melawan arus pergerakan yang dipaparkan semalam.
Kenaikan harga akan menguji rintangan terhampir pada 1.26000 dan sekiranya melepasi halangan MA50 akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.
Kemudiannya barulah kenaikan harga dijangka untuk ke paras lebih tinggi semula dengan mensasarkan kepada 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG