Mata wang Pound pada dagangan Jumaat lalu dilihat berjaya pamerkan peningkatan nilainya berbanding US dolar selepas pergerakan yang mendatar sejak dari awal minggu tersebut.
Manakala US dolar kekal perlahan dan sedikit melemah menuju penutup dagangan 2024 ini.
Penganalisis telah memberi amaran risiko penyusutan lanjut US dolar berikutan jangkaan aktiviti pengambilan untung boleh berlaku di awal minggu ini lagi.
Namun, US dolar dijangka akan kembali mengukuh semula di pembukaan 2025 dan berpotensi memberi tekanan semula kepada Pound.
Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu, harga mendatar di atas zon 1.25000 sebelum berlaku lonjakan di penghujung minggu menghampiri semula ke paras 1.26000.
Paras 1.26000 dilihat berfungsi sebagai rintangan buat harga yang perlu ditembusi untuk mengekalkan isyarat bullish selepas berjaya berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Kenaikan lebih tinggi selepas melepasi 1.26000 akan menjangkakan zon 1.27000 untuk dituju semula harga.
Zon tersebut menjadi persinggahan penting harga pada pertengahan Oktober lalu sebelum penurunan harga bermula.
Sementara itu, jika harga gagal meneruskan kenaikan sebaliknya paparkan penurunan semula, sasaran adalah untuk kembali menguji support pada 1.25000.
Jika tembus ke bawah, harga bakal catatkan paras terendah terbaru 8 bulan dengan sasaran menuju ke zon 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.