Pound Sterling didagangkan berhati-hati oleh pelabur menjelang keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England pada hari ini.
Bank of England (BOE) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25% dan ucapan susulan oleh gabenor akan diperhatikan untuk petunjuk hala tuju dasar monetari bank pusat selanjutnya.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, dapat diperhatikan harga alami penurunan dari awal minggu dengan pergerakan Pound lebih suram berbanding US dolar.
US dolar telah pamerkan pemulihan semula di awal minggu namun pergerakan harga mendatar sepanjang Rabu semalam.
Setelah penurunan harga menembusi paras 1.25000, harga kekal mendatar di bawahnya semalam dengan julat pergerakan kecil sekitar 30 pips sahaja.
Sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih mendatar perlahan di bawah paras 1.25000 sebagai rintangan.
Kekal sebagai isyarat bearish, harga dilihat masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Pergerakan harga selanjutkan akan ditentukan selepas keputusan mesyuarat polisi BOE.
Jangkaan penurunan lebih rendah yang akan diteruskan bakal menuju paras tumpuan yang berada pada sekitar 1.24000.
Jika masih lagi penurunan dilanjutkan melepasi paras tersebut, zon support pada 1.23000 menjadi sasaran harga untuk diuji.
Sebaliknya, jika harga melonjak naik di atas paras 1.25000 dan melepasi halangan MA50, akan menjadi isyarat bullish buat harga untuk menyambung corak pergerakan minggu lalu.
Rintangan 1.26000 berkemungkinan akan dicapai dan tidak mustahil untuk kenaikan lebih tinggi akan berlaku melepasi paras minggu lalu untuk catatkan paras tertinggi terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG